Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 7,000 ayam penelur rentung di Kuantan

Hampir 7,000 ekor ayam penelur rentung dalam kebakaran di pusat penternakan milik anak syarikat LKPP Gold Kist di Batu 8 Jalan Kuantan-Segamat di Kuantan pagi ini (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 7,000 ayam penelur rentung di Kuantan

(Gambar: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang)

Diterbitkan : 19 Jun 2021 02:32PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 02:38PM

KUANTAN: Hampir 7,000 ekor ayam penelur rentung dalam kebakaran di pusat penternakan milik anak syarikat LKPP Gold Kist di Batu 8 Jalan Kuantan-Segamat di Kuantan pagi ini (19 Jun).

Pekerja syarikat Mohd Afendi Kamarulzaman, 33, berkata kebakaran disedari pengawal keselamatan bertugas pada kira-kira 6.00 pagi melibatkan salah sebuah daripada 24 reban ayam di situ.

"Bomba yang tiba di lokasi pada 6.30 pagi berjaya menyelamatkan 3,000 ekor ayam di reban terlibat dan berjaya mengawal api daripada merebak ke reban lain," katanya semasa dihubungi hari ini.

Encik Mohd Afendi berkata kebakaran itu difahamkan kejadian kedua seumpamanya sejak pusat penternakan itu beroperasi 20 tahun lepas, namun kebakaran sebelum ini hanya melibatkan reban kosong.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata dua jentera bersama 16 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas di sini dan Chini, Pekan dikejarkan ke tempat kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal kurang daripada setengah jam kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.  

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan