Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 400 cedera dalam bantahan antipemerintah di Lubnan

Hampir 400 orang cedera apabila para penunjuk perasaan antipemerintah bertempur dengan polis di ibu kota Beirut berhampiran bangunan parlimen pada Sabtu (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 400 cedera dalam bantahan antipemerintah di Lubnan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jan 2020 07:52PM Dikemas Kini : 19 Jan 2020 07:54PM

BEIRUT: Hampir 400 orang cedera apabila para penunjuk perasaan antipemerintah bertempur dengan polis di ibu kota Beirut berhampiran bangunan parlimen pada Sabtu (18 Jan).

Bilangan itu yang paling ramai sejak bantahan-bantahan antipemerintah meletus di Lubnan tiga bulan lalu.

Pasukan Pertahanan Awam dan Persatuan Palang Merah menyatakan sekurang-kurangnya 377 orang dikejarkan ke hospital atau dirawat di tempat kejadian.

Selain itu, khemah-khemah para penunjuk perasaan juga terbakar pada Sabtu di pusat ibu kota Beirut. Punca kebakaran bagaimanapun, belum diketahui.

Pasukan keselamatan dalam negeri menyangkal laporan media bahawa beberapa anggotanya membakar khemah-khemah tersebut.

Para aktivis antipemerintah memasang khemah-khemah itu sebagai sebahagian daripada bantahan mereka menentang golongan ahli politik yang dituduh menjerumuskan Lubnan ke dalam krisis ekonomi terburuk dalam masa puluhan tahun. 

Sumber : AFP/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan