Images
  • Cuba bunga api

Hampir 40 cedera, termasuk kanak-kanak dalam pertunjukan bunga api Cuba

CUBA: Hampir 40 orang cedera dalam kejadian letupan bunga api semasa satu karnival di bandar utara, Remedios.

Mereka yang cedera termasuk enam kanak-kanak berusia antara 11 dengan 15 tahun.

"Malang tidak berbau semasa pertunjukan bunga api semalam di Remedios," menurut laporan laman Cubadebate.

Lebih 20 mangsa mengalami cedera parah dan menurut Cubadebate, penguasa kesihatan negara itu menyatakan "sebahagian kes terus, sebahagian yang lain tidak terlalu teruk dan yang lain dalan keadaan amat kritikal".

Karnival itu menarik beribu-ribu orang rakyat Cuba serta pelancong dan diadakan saban tahun pada malam Krismas.

Karnival tersebut biasanya diakhiri dengan pertunjukan bunga api besar-besaran serta perarakan kereta berhias.

Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca letupan.

- Reuters/MM/NK/nk

Top