Images
  • us forest fire
    (Gambar: Reuters)

Hampir 30 maut dalam kebakaran hutan di Amerika Syarikat

AMERIKA SYARIKAT: Hampir 30 orang maut dan puluhan lagi masih hilang dalam kebakaran hutan yang marak di tiga wilayah pantai barat negara itu.

Kebakaran itu berlaku di California, Oregon dan Washington sejak pertengahan bulan lalu.

Diburukkan lagi dengan tiupan angin dan cuaca sangat panas, kebakaran tersebut memusnahkan ribuan rumah.

Menurut pusat kebakaran Amerika, kawasan seluas 4.7 juta hektar kini terbakar.

Di Oregon sahaja, para pegawai wilayah tersebut memberi amaran bahawa jumlah kematian mungkin meningkat dengan banyak.

Mereka sedang memeriksa kawasan-kawasan yang hangus dijilat api untuk mencari mangsa-mangsa yang dilaporkan hilang.

Lebih sejuta orang berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk berpindah.

Di Calfornia, para pegawai bomba terus melawan 28 kebakaran.

Presiden Donald Trump akan ke Californiapada Isnin (14 Sep) untuk melihat sendiri keadaannya dan mengagihkan bantuan.

Kebakaran hutan itu turut menjejas teruk mutu udara di seluruh dunia. 

- Agensi berita/NF/ha

Top