Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 180 bekas pelajar lelaki Universiti Ohio State dakwa didera secara seksual oleh doktor

Hampir 180 pelajar lelaki di Univeristi Ohio State mendakwa mereka didera secara seksual selama lebih dua dekad oleh seorang doktor yang sudahpun meninggal dunia, dan kakitangan universiti mengetahui tentang penganiayaan itu namun gagal mengambil tindakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 180 bekas pelajar lelaki Universiti Ohio State dakwa didera secara seksual oleh doktor

Hampir 180 pelajar lelaki di Univeristi Ohio State mendakwa mereka didera secara seksual selama lebih dua dekad. (Gambar: Chris Graythen/AFP)

Diterbitkan : 18 May 2019 12:55PM Dikemas Kini : 18 May 2019 01:00PM

COLUMBUS: Hampir 180 pelajar lelaki di Univeristi Ohio State mendakwa mereka didera secara seksual selama lebih dua dekad oleh seorang doktor yang sudahpun meninggal dunia, dan kakitangan universiti mengetahui tentang penganiayaan itu namun gagal mengambil tindakan. Demikian menurut satu laporan yang dikeluarkan universiti itu pada Jumaat (17 Mei).

Dr Richard Strauss dituduh mendera sekurang-kurangnya 177 pelajar lelaki semasa bertugas sebagai doktor di jabatan atletik universiti itu dan pusat kesihatan pelajar dari 1978 hingga 1998, menurut laporan itu, yang mendedahkan hasil siasatan yang dijalankan selama setahun.

Tambah laporan itu, kakitangan universiti mengetahui mengenai penganiayaan itu seawal 1979, tetapi aduan-aduan mangsa tidak pernah disampaikan kepada para pentadbir dan pegawai kanan atletik mahupun jabatan kesihatan pelajar sehingga 1996. Susulan itu, sekolah tersebut menggantung khidmat dan memecat Strauss setelah menjalankan "siasatan amat ringkas" berhubung dakwaan seorang pelajar bahawa doktor itu mencabulinya semasa satu peperiksaan, menurut laporan itu.

Presiden Universiti Michael Drake memohon maaf kepada para mangsa dan berkata dalam satu kenyataan, "Hasil siasatan amat mengejutkan dan perit untuk diterima."

"Kegagalan institusi kami bagi mencegah penganiayaan itu tidak boleh diterima - begitu juga dengan kegagalan kami berhubung usaha yang tidak mencukupi untuk melaksanakan siasatan menyeluruh terhadap aduan-aduan yang dibuat para pelajar dan anggota kakitangan," menurutnya.

Beberapa skandal seks serupa membabitkan para pegawai kanan di beberapa institusi pengajian tinggi utama di Amerika Syarikat, termasuk di Universiti Penn State, Universiti Michigan State dan Universiti Selatan California. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan