Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 150 orang mati dalam ribut pasir, panahan petir India

India menjangkakan cuaca lebih teruk selepas hampir 150 orang mati dalam kejadian ribut pasir dan panahan petir di utara dan selatan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 May 2018 10:36PM Dikemas Kini : 05 May 2018 01:09AM

INDIA: India menjangkakan cuaca lebih teruk selepas hampir 150 orang mati dalam kejadian ribut pasir dan panahan petir di utara dan selatan negara itu.

Pihak berkuasa berkata angka korban dijangka terus meningkat selepas pakar-pakar kaji cuaca memberi amaran akan berlaku lebih banyak kejadian sedemikian dalam masa 24 jam akan datang.

Sekurang-kurangnya enam wilayah terjejas dalam apa yang disifatkan pakar-pakar sebagai fenomena sebelum musim monsun.

Uttar Pradesh, Rajasthan dan Punjab paling teruk terjejas.

Sehingga 200 orang cedera selepas tempat-tempat kediaman, pokok-pokok serta tiang elektrik, tumbang.

Sekurang-kurangnya 111 orang terbunuh akibat ditimpa dinding dan bumbung rumah yang runtuh. 

Sumber : Agensi berita/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan