Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hampir 1.3 juta penduduk M'sia sudah lengkapkan dua dos vaksin COVID-19

Seramai 1,297,818 individu melengkapkan penerimaan dua dos vaksin COVID-19 di Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Hampir 1.3 juta penduduk M'sia sudah lengkapkan dua dos vaksin COVID-19

Petugas kesihatan menerima suntikan vaksin COVID-19. (Gambar: Reuters/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 05:53PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 05:54PM

KUALA LUMPUR: Seramai 1,297,818 individu melengkapkan penerimaan dua dos vaksin COVID-19 di Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat Jumaat (11 Jun), kata Menteri Kesihatan Malaysia Dr Adham Baba.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan menerusi akaun Twitternya, seramai 2,929,736 individu sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,227,554.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 170,855 dos diikuti Sarawak (133,516), Kuala Lumpur (122,564), Perak (121,740) dan Johor (118,317).

Sementara itu, berdasarkan maklumat laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin yang dikongsi Dr Adham, sebanyak 13,757,093 pendaftaran direkodkan semalam dengan perkembangan nasional sebanyak 56.70 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,503,976 pendaftaran diikuti Johor (1,716,130), Sarawak (1,318, 644) dan Kuala Lumpur (1,163,711).   

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan