Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hajiji Mohd Noor angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah

Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah di Istana Negeri di Kota Kinabalu pagi ini (29 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Hajiji Mohd Noor angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Hajiji Noor, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 pada 29 Sep 2020. (Gambarz: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 11:18AM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 12:56PM

KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Hajiji Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, hari ini (29 Sep) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. 

Turut mengangkat sumpah di Istana Negeri Sabah di Kota Kinabulu pagi tadi adalah tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin yang juga ADUN Lamag, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Dr Jeffrey Kitingan (ADUN Tambunan), dan Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Joachim Gunsalam (ADUN Kundasang). 

Bung Moktar juga mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dr Jeffrey sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan), dan Dr Joachim pula selaku Menteri Pembangunan Perindustrian. 

Turut mengangkat sumpah hari ini ialah Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Masidi Manjun sebagai Menteri Kerja Raya Sabah dan Setiausaha Agung PBS, Jahid Jahim, selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Turut hadir adalah isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R M Jasni, Menteri Kanan (Keselamatan) merangkap Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Ronald Kiandee yang juga Naib Presiden Bersatu dan Timbalan Presiden PBS Radin Malleh. 

Sebelum mengangkat sumpah, semua pemimpin itu menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Juhar. 

Selepas mengangkat sumpah, pemimpin itu menandatangani watikah pelantikan yang disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Martin Idang, sebelum Mufti Kerajaan Negeri Sabah Bungsu @ Aziz Jaafar membacakan doa.

Gabungan Rakyat Sabah memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 apabila memenangi 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri itu.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan