Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hadiah tidak dapat, sebaliknya rugi RM236,900

Seorang suri rumah, berusia 33 tahun, terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian RM236,900 (S$78,000) selepas diperdaya sindiket penipuan menawarkan hadiah wang tunai yang tidak wujud, minggu lalu.  

Anggaran Waktu Membaca:
Hadiah tidak dapat, sebaliknya rugi RM236,900

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 03 Nov 2018 10:25AM Dikemas Kini : 03 Nov 2018 10:27AM

RAUB: Seorang suri rumah, berusia 33 tahun, terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian RM236,900 (S$78,000) selepas diperdaya sindiket penipuan menawarkan hadiah wang tunai yang tidak wujud, minggu lalu.

Astro Awani melaporkan bahawa mangsa dilaporkan memindahkan wang sebanyak sembilan kali ke empat akaun yang berlainan sekali gus, menjadikan jumlah keseluruhan yang dipindahkan sebanyak RM236,900 (S$78,000).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof kejadian bermula pada 22 Oktober lalu, apabila suri rumah itu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa beliau memenangi hadiah wang tunai RM216,240 (S$71,000) dari sebuah syarikat barang kemas dari Hong Kong.

Bagaimanapun, mangsa diminta agar membayar sebanyak RM6,860 (S$2,300) kepada akaun milik wakil syarikat yang menguruskan bahagian pindahan wang ke Hong Kong dari Malaysia, sebelum menerima hadiah wang tunai itu, lapor Astro Awani.

Suspek memberi pelbagai alasan kepada mangsa dan memintanya membayar wang lagi.

Suspek juga mendakwa wang itu dilabur terlebih dahulu dan hasil pelaburan itu nanti akan memberikan pulangan sebanyak RM3.2 juta (S$1 juta) kepada mangsa.

Mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu apabila diminta buat bayaran lagi dan membuat aduan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, lapor Astro Awani lagi.

Menurut Encik Mohd Wazir, kes tersebut disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.  

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan