Hadiah Nobel Aung San Suu Kyi tidak akan ditarik balik
Hadiah Nobel keamanan kepada Cik Aung San Suu Kyi tidak akan ditarik balik menyusuli laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa tentera Myanmar menjalankan pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya, menurut Jawatankuasa Nobel Norway, pada Rabu (29 Ogos).
STAVANGER: Hadiah Nobel keamanan kepada Cik Aung San Suu Kyi tidak akan ditarik balik menyusuli laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa tentera Myanmar menjalankan pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya, menurut Jawatankuasa Nobel Norway, pada Rabu (29 Ogos).
Pada Isnin (27 Ogos), para penyiasat PBB menyatakan tentera Myanmar menjalankan pembunuhan dan pemerkosaan beramai-ramai dengan "niat untuk menghapuskan kaum" dan tindakan patut diambil terhadap panglima dan lima jeneral atas jenayah paling berat dilakukan di bawah undang-undang antarabangsa.
Cik Aung San Suu Kyi yang mengetuai pemerintah Myanmar dan menang Hadiah Nobel Keamanan pada 1991 atas usaha berkempen untuk demokrasi, dikritik kerana gagal bersuara menentang operasi tentera di negeri Rakhine.
"Penting untuk ingat bahawa Hadiah Nobel samada dalam Fizik, Sastera atau Keamanan, dianugerahkan bagi usaha yang wajar diiktiraf atas pencapaian lalu," kata Setiausaha Jawatankuasa Nobel Norway, Olav Njoelstad.
“Aung San Suu Kyi menang Hadiah Nobel Keamanan atas perjuangan untuk demokrasi dan kebebasan sehingga 1991, iaitu pada tahun beliau menang hadiah ini,” tambahnya.
Peraturan mengawal Hadiah Nobel tidak membenarkan untuk hadiah itu ditarik balik, katanya.
Tahun lalu, ketua Jawatankuasa itu, Berit Reiss-Andersen juga berkata pihaknya tidak akan menarik balik hadiah tersebut ekoran kritikan sebelum ini terhadap peranan Cik Aung San Suu Kyi dalam krisis Rohingya.
"Kami tidak boleh lakukan. Itu bukan tugas kami untuk memantau atau menapis apa yang dilakukan oleh pemenang selepas beliau menang hadiah. Pemenang hadiah itu sendiri perlu menjaga reputsai mereka," katanya dalam satu wawancara televisyen.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.