Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hadiah Krismas baja tahi kuda dikirim kepada Setiausaha Perbendaharaan AS

Sebuah bungkusan berisi baja tahi kuda menimbulkan kebimbangan tentang ancaman bom di kawasan rumah Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin di kejiranan mewah Bel-Air, di Los Angeles.

Anggaran Waktu Membaca:
Hadiah Krismas baja tahi kuda dikirim kepada Setiausaha Perbendaharaan AS
Diterbitkan : 25 Dec 2017 10:03PM Dikemas Kini : 28 Dec 2017 02:48AM

LOS ANGELES: Sebuah bungkusan berisi baja tahi kuda menimbulkan kebimbangan tentang ancaman bom di kawasan rumah Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin di kejiranan mewah Bel-Air, di Los Angeles.

Bungkusan hadiah besar itu mulanya disangka berisi bahan letupan.

Ia ditujukan kepada Encik Mnuchin "dari rakyat Amerika". Ia turut mengandungi kad Krismas dengan komen-komen negatif tentang Presiden Donald Trump dan undang-undang cukai baru yang ditandatanganinya minggu lalu.

Media tempatan menyatakan bahawa pasukan polis mengambil masa sekitar sejam untuk membersihkan bungkusan itu setelah disahkan ia hanya mengandungi baja tahi kuda.

Selain polis, siasatan kejadian tersebut turut melibatkan perkhidmatan risik Amerika Syarikat.
 

Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan