Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guterres, Ban Ki-Moon seru ASEAN akhiri krisis Myanmar

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dan pendahulunya, Encik Ban Ki-moon, menggesa pemerintah-pemerintah di Asia Tenggara untuk bertindak mengakhiri krisis di Myanmar semasa satu sidang video para pemimpin Majlis Keselamatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Guterres, Ban Ki-Moon seru ASEAN akhiri krisis Myanmar

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 20 Apr 2021 12:28PM Dikemas Kini : 20 Apr 2021 12:32PM

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dan pendahulunya, Encik Ban Ki-moon, menggesa pemerintah-pemerintah di Asia Tenggara untuk bertindak mengakhiri krisis di Myanmar semasa satu sidang video para pemimpin Majlis Keselamatan.

"Saya menggesa para pemimpin untuk mengambil tindakan segera dan bersepadu, kata Encik Ban menjelang sidang puncak khas ASEAN mengenai Myanmar pada Sabtu di Indonesia.

"Mereka harus bersetuju bahawa satu delegasi peringkat tinggi akan mengadakan lawatan ke Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak berkenaan. Saya dengan setulus hati merayu para pemimpin ASEAN agar mengambil tindakan bersama-sama PBB bagi membantu negara dan rakyat Myanmar," katanya.

Encik Ban Ki-moon turut meluahkan rasa kesal terhadap pendirian berbeza-beza dalam kalangan negara anggota ASEAN yang mencegah respons bersepadu dan menyeru Majlis Keselamatan PBB yang juga mempunyai pendirian berbeza-beza berhubung Myanmar "untuk bertindak tegas bagi mencegah situasi terburuk di Myanmar dan menjangkauinya."

Encik Guterres juga menegaskan, peranan ASEAN kini lebih penting berbanding sebelum ini sedang rantau tersebut berdepan dengan krisis mendesak di Myanmar.

"Situasi tersebut memerlukan tindak balas antarabangsa yang kukuh berlandaskan usaha serantau yang bersatu padu.

"Saya menggesa para pemain serantau supaya memanfaatkan pengaruh mereka bagi mencegah keadaan lebih buruk dan paling utama mencari jalan penyelesaian secara aman kepada malapetaka ini," katanya.

Pemimpin junta, Min Aung Hlaing, dijangka menyertai sidang puncak ASEAN itu - kunjungan luar negara rasmi beliau yang pertama sejak rampasan kuasa di Myanmar pada Februari lalu.

Kumpulan pemerhati tempatan mendakwa tindakan keras pihak junta terhadap penunjuk perasaan di Myanmar sudah mengorbankan sekurang-kurang 730 orang.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan