Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru tadika hentak kepala murid ke almari hingga berdarah

Seorang murid tadika berusia lima tahun di China cedera parah selepas diheret gurunya dari tempat duduk lalu dihentak kepalanya ke almari di dalam bilik darjah.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru tadika hentak kepala murid ke almari hingga berdarah

Petikan gambar YouTube.

Diterbitkan : 11 May 2018 01:14AM Dikemas Kini : 11 May 2018 01:22AM

HUNAN: Seorang murid tadika berusia lima tahun di China cedera parah selepas diheret gurunya dari tempat duduk lalu dihentak kepalanya ke almari di dalam bilik darjah.

Liao Ziyu, 5 tahun, mengalami pendarahan di kepala dan terpaksa menerima tiga jahitan akibat tindakan kejam guru terbabit.

Menurut Daily Mail, guru berkenaan ditahan polis selama 15 hari. Dia mengatakan bahawa emosinya tidak stabil pada masa kejadian.

Bapa Ziyu menceritakan tentang kejadian tersebut kepada agensi berita Changsha TV. Menurutnya, ketika kejadian seorang murid menarik rambut anaknya, dan apabila Ziyu menoleh ke belakang, dengan tidak semena-mena guru yang dikenali sebagai Guo itu marah lalu menyeret Ziyu ke hadapan kelas.

Rakaman CCTV di pusat tadika itu menunjukkan guru berkenaan kemudian menghentak kepala kanak-kanak itu ke pintu almari.

Sebaik sahaja seorang ketua guru mendapati Ziyu berdarah di kepala, beliau segera mengejarkan kanak-kanak itu ke sebuah hospital tempatan bagi mendapatkan rawatan.

Ibu Ziyu membuat laporan polis sebaik sahaja beliau dimaklumkan tentang keadaan anaknya, lapor Daily Mail.

Guru berkenaan, yang dikenali sebagai Guo, menjelaskan kepada pihak polis bahawa emosinya tidak stabil dan dia tidak sengaja berbuat demikian.

Guo dikenakan denda dan ditahan polis selama 15 hari kerana mengakibatkan kecederaan teruk.

Xu FengLei, seorang penasihat keselamatan pusat tadika itu memohon maaf kepada ibu bapa Ziyu. Beliau turut mendedahkan bahawa pusat tadika itu sedang berdepan dengan beberapa isu pengurusan.

Sekolah itu ditutup selama seminggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.   

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan