Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru maut terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah

Seorang guru lelaki berusia 54 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah ketika sedang memeriksa sistem paip dan sinki sebagai persiapan untuk menerima kemasukan pelajar pada Rabu (15 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Guru maut terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 14 Jul 2020 11:14PM Dikemas Kini : 14 Jul 2020 11:16PM

TANAH MERAH: Seorang guru lelaki berusia 54 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah ketika sedang memeriksa sistem paip dan sinki sebagai persiapan untuk menerima kemasukan pelajar pada Rabu (15 Jul).

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Zainuddin Md Yusuf berkata kejadian berlaku pada pukul 12:30 tengah hari semasa guru yang sedang memijak kerusi plastik itu tiba-tiba tergelincir, lalu terjatuh dari balkoni, dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala kerana terkena bucu longkang.

Beliau berkata siasatan awal mendapati guru yang sudah hampir 17 tahun mengajar matematik di sekolah berkenaan terjatuh pada ketinggian tiga meter semasa hendak memeriksa sistem paip dan sinki sebagai persiapan pembukaan sekolah esok.

"Ketika kejadian, terdapat dua guru lain yang hanya mampu melihat kejadian tetapi tidak sempat memberi pertolongan kerana kejadian berlaku dengan pantas," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat  Polis (IPD) Tanah Merah.

Encik Zainuddin berkata lelaki itu meninggalkan seorang balu yang juga seorang guru di sebuah sekolah lain di daerah ini serta lima orang anak.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan