Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru dipenggal selepas tunjuk kartun Nabi Muhammad kepada murid di Perancis

Seorang guru dipenggal di luar sebuah sekolah pada Jumaat (16 Okt) selepas menunjukkan kartun Nabi Muhammad baru-baru ini. Presiden Emmanuel Macron menyifatkannya sebagai satu "serangan pengganas".

Anggaran Waktu Membaca:
Guru dipenggal selepas tunjuk kartun Nabi Muhammad kepada murid di Perancis

Presiden Perancis Emmanuel Macron. (Gambar: AFP/bertrand GUAY)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 02:53PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 02:56PM

PARIS: Seorang guru dipenggal di luar sebuah sekolah pada Jumaat (16 Okt) selepas menunjukkan kartun Nabi Muhammad baru-baru ini. Presiden Emmanuel Macron menyifatkannya sebagai satu "serangan pengganas".

Penyerang itu, yang identitinya belum lagi dikenal pasti, ditembak oleh pihak polis ketika para pegawai cuba memberkasnya dan dia kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Perancis digegarkan dengan serangan-serangan pengganas yang meningkat sejak serangan dilancarkan terhadap majalah Charlie Hebdo dan pasar raya kaum Yahudi di Paris pada 2015.

Para pendakwa antipengganas Perancis berkata bahawa mereka menganggap serangan itu sebagai "pembunuhan yang dikaitkan dengan sebuah pertubuhan pengganas".

Serangan itu berlaku di kawasan barat laut sekitar 30 kilometer dari bandar Paris pada pukul 5.00 petang (waktu tempatan) berhampiran sekolah di mana guru terbabit mengajar di Conflas Saint-Honorine.

Empat orang, termasuk seorang suspek bawah umur, sudah diberkas, menurut sumber mahkamah kepada AFP pada awal Sabtu. Kesemua suspek dipercayai ada kaitan dengan penyerang kes tersebut, tambah sumber tersebut.

Mangsa adalah seorang guru sejarah yang dilaporkan menunjukkan kartun Nabi Muhammad untuk dibincangkan di dalam kelas sebagai sebahagian daripada perbincangan mengenai kebebasan bersuara.

Ibu bapa salah seorang murid di sekolah itu mendakwa guru tersebut mungkin menimbulkan kontroversi dengan meminta para murid yang beragama Islam supaya meninggalkan kelas berkenaan sebelum menunjukkan kartun tersebut.

Guru itu "setakat menyuruh para murid yang beragama Islam - Sila keluar dari kelas ini, saya tidak mahu ia menyakiti perasaan anda". Itulah yang diberitahu oleh anak saya," kata ibu bapa tersebut.

Menurut sumber mahkamah, satu kad pengenalan diri ditemui pada penyerang tersebut yang menunjukkan dia dilahirkan di Moscow pada 2002, meskipun para penyiasat sedang menantikan pengesahan rasmi.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan