Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru berisiko tinggi diberi keutamaan terima vaksin COVID-19 di M'sia

Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengutamakan para guru yang berisiko tinggi untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sekiranya permintaan agar golongan itu dimasukkan dalam kelompok penerima fasa pertama yang bermula Rabu ini (24 Feb), diluluskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru berisiko tinggi diberi keutamaan terima vaksin COVID-19 di M'sia

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 22 Feb 2021 02:21PM Dikemas Kini : 22 Feb 2021 02:22PM

SUNGAI BESAR: Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengutamakan para guru yang berisiko tinggi untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sekiranya permintaan agar golongan itu dimasukkan dalam kelompok penerima fasa pertama yang bermula Rabu ini (24 Feb), diluluskan.

Timbalan Menteri Pendidikan I Muslimin Yahaya berkata pihak kementeriannya sedang berbincang dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi agar guru dipertimbang sebagai penerima vaksin fasa pertama memandangkan sesi persekolahan akan bermula Mac ini.

"Sekiranya permohonan ini diluluskan, kementerian akan memberi keutamaan kepada guru-guru yang berisiko tinggi untuk mendapat suntikan vaksin itu," katanya kepada pemberita selepas tinjauan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan pada Isnin (22 Feb).

Sebelum ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata pihaknya menerima banyak permohonan daripada pihak yang mahu mereka dipertimbang sebagai penerima vaksin fasa pertama termasuk golongan pendidik.

Permohonan berkenaan katanya dilihat munasabah memandangkan sekolah akan dibuka semula pada Mac ini.

Bagaimanapun, Encik Khairy yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata pihaknya berdepan kekangan kerana bekalan vaksin bagi fasa pertama hanya berjumlah kira-kira satu juta dos dengan sebahagian pendaftaran membabitkan 500,000 barisan hadapan dalam sektor kesihatan dan bukan kesihatan.

Oleh itu, Encik Khairy meminta agar kementerian pendidikan menyenaraikan guru-guru berisiko tinggi supaya mereka menerima vaksin menjelang pembukaan sekolah Mac ini.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan