Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru berdepan 32 tuduhan lakukan seks luar tabii, amang seksual ke atas pelajar

Seorang guru sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Teluk Intan, Perak hari ini (17 Sep) atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sejak Julai sehingga September tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru berdepan 32 tuduhan lakukan seks luar tabii, amang seksual ke atas pelajar

Mohd Faizal Amir (tengah) (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 17 Sep 2021 08:34PM Dikemas Kini : 17 Sep 2021 08:36PM

TELUK INTAN: Seorang guru sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Teluk Intan, Perak hari ini (17 Sep) atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sejak Julai sehingga September tahun lalu.

Mohd Faizal Amir, 32 tahun, tidak mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Lelaki itu didakwa dengan 10 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan 22 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas tujuh pelajar lelaki berusia 14 hingga 16 tahun di rumah warden di sebuah sekolah menengah di Tapah antara 28 Julai hingga 28 Sep 2020.

Bagi kesalahan seks luar tabii, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan untuk pertuduhan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) Akta sama, yang kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Intan Nurul Farena membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM55,000 (S$17,737) dengan seorang penjamin atas semua pertuduhan dengan syarat tambahan iaitu, tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, serta menetapkan 15 Nov untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Cheah Shuh Yuan manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Farid Wajdi Hanif.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan