Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Sinabung kembali meletus, sembur debu, asap panas setinggi 7km

Gunung Sinabung di  Sumatera Utara, kembali meletus hari ini (9 Jun),  menyemburkan debu dan asap kira-kira 7,000 meter ke udara, menurut agensi volkanologi kebangsaan Indonesia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Sinabung kembali meletus, sembur debu, asap panas setinggi 7km

Mount Sinabung menyemburkan debu tebal ke ruang udara, seperti yang dilihat di Karo pada 9 Jun 2019. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Jun 2019 10:44PM Dikemas Kini : 09 Jun 2019 10:50PM

KARO (ANTARA): Gunung Sinabung di Sumatera Utara, kembali meletus hari ini (9 Jun), menyemburkan debu dan asap kira-kira 7,000 meter ke udara, menurut agensi volkanologi kebangsaan Indonesia.

Gunung berapi yang aktif sejak 2010 itu memuntahkan debu dan asap pada 4.28 petang waktu Jakarta, disusuli debu panas ke arah tenggara dan selatan kawah, masing-masing pada ketinggian 3.5km dan 3km, tambah agensi itu dalam satu kenyataan.

Setakat ini tiada laporan tentang kerosakan atau kematian diterima selepas letusan terbaru itu dan agensi bencana tidak mengeluarkan arahan pemindahan.

Saat ini Gunung Sinabung berada pada tahap siaga peringkat kedua tertinggi dengan zon larangan 5km dari sekitar gunung itu.

Jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaaan Sutopo Purwo Nugroho menggesa penduduk yang tinggal berhampiran supaya menggunakan pelitup muka jika keluar rumah dan terjadi hujan abu.

Selain itu, masyarakat yang tinggal dekat sungai-sungai yang berhulu di Gunung Sinabung diminta terus berwaspada terhadap bahaya lahar semasa hujan lebat.

Sinabung kembali aktif pada 2010 buat kali pertama sejak 400 tahun.

Selepas tempoh tidak aktif, ia meletus semula pada 2013, dan kekal aktif sejak itu.

Pada 2016, tujuh maut dalam salah satu letusan Sinabung manakala letusan pada 2014 mengorbankan 16 orang.

Indonesia memilik 130 gunung berapi aktif disebabkan kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik. 

Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan