Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Kusatsu-Shirane di Jepun meletup, sebabkan salji runtuh

Selepas salji di Tokyo, Jepun dilanda pula letupan gunung berapi di bahagian tengah negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2018 06:35PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 10:29PM

JEPUN: Selepas salji di Tokyo, Jepun dilanda pula letupan gunung berapi di bahagian tengah negara itu.

Gunung Kusatsu-Shirane meletus pagi tadi (23 Jan), memuntahkan asap hitam dan menyebabkan salji runtuh.

Seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 16 orang cedera menyusuli letupan itu.

Mangsa yang mati adalah anggota Pasukan Pertahanan Jepun yang ditimpa salji runtuh semasa dalam misi latihan.

Enam anggota pasukan itu antara mereka yang cedera.

Kebanyakan yang cedera tertimpa batu-bata daripada gunung berapi yang meletup.

Seramai 11 mangsa lain yang terperangkap adalah dari sebuah resort ski yang terletak di pergunungan tersebut.

Sekitar 80 peluncur salji dilaporkan terkandas di puncak gunung.

Lapan sudahpun diselamatkan dengan helikopter.

Lebih 100 askar dikerah bagi gerakan menyelamat.

Agensi Kaji Cuaca Jepun mengeluarkan amaran berjaga-jaga paras tiga sambil memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan mendaki gunung tersebut. 

Sumber : Agensi berita/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan