Gunung berapi Taal berisiko meletus lagi dalam beberapa hari mendatang
Para penduduk wilayah Batangas di Filipina masih dalam keadaan berjaga-jaga sedang gunung berapi Taal di ambang letusan-letusan yang besar.
MANILA: Para penduduk wilayah Batangas di Filipina masih dalam keadaan berjaga-jaga sedang gunung berapi Taal di ambang letusan-letusan yang besar.
Ini meskipun ledakan dan gegaran yang dirasakan semakin berkurangan dan melemah.
Para penduduk yang tinggal di kawasan sekitar zon-zon berbahaya sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing buat sementara waktu, sedang kegiatan gunung berapi reda sedikit.
Gunung berapi Taal meletus hampir seminggu lalu, sekali gus menjejas kehidupan beribu-ribu penduduk.
Lebih 66,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat perlindungan apabila gunung berapi itu memuntahkan debu dan asap sejak Ahad (12 Jan).
Para pakar memberi amaran bahawa ia masih berisiko meletus dalam masa beberapa hari akan datang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.