Gunung berapi Soputan di Indonesia meletus
Gunung berapi Soputan di Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia meletus dan mengeluarkan asap tebal sehingga empat kilometer, kata seorang pegawai pejabat agensi bencana pada Rabu (3 Okt).
JAKARTA: Gunung berapi Soputan di Wilayah Sulawesi Utara, Indonesia meletus dan mengeluarkan asap tebal sehingga empat kilometer, kata seorang pegawai pejabat agensi bencana pada Rabu (3 Okt).
Ia menyebabkan berlakunya hujan abu, kata jurucakap agensi pengurusan bencana negara Sutopo Purwo Nugroho.
Ekoran itu, pihak agensi mengedarkan pelitup kepada penduduk sebagai langkah berjaga-jaga, lapor agensi berita Xinhua.
Zon larangan diisytiharkan kira-kira empat kilometer dari gunung berapi dan diperluas sehingga 6.5 kilometer di barat daya kawah.
Penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan supaya berhati-hati menyusuli pergerakan aliran lahar yang deras.
Wilayah Sulawesi Utara terletak bersebelahan dengan Sulawesi Tengah yang digegarkan dengan gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu (28 Sep), menyebabkan lebih 1,200 orang terkorban.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.