Images
  • c (1)
    Gunung berapi Kuchino-era-bujiema. (Gambar: Reuters)

Gunung berapi meletus di pulau terpencil di selatan Jepun

JEPUN: Gunung berapi meletus di sebuah pulau terpencil di selatan Jepun pagi tadi (17 Jan).

Gunung berapi Kuchino-era-bujiema memuntahkan abu dan asap setinggi enam kilometer ke udara.

Tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan.

Para pegawai tempatan berkata mereka tidak mengeluarkan sebarang perintah pemindahan di pulau itu yang didiami kira-kira 109 orang.

Bagaimanapun para penduduk diberi amaran supaya berjaga-jaga terhadap batu-batu gunung berapi dan aliran abu dan gas panas.

Kali terakhir gunung berapi itu meletus adalah pada tahun 2015, memuntahkan abu dan asap setinggi ribuan meter ke udara.

Seluruh penduduk pulau dipindahkan pada masa itu, namun akhirnya mereka dibenarkan pulang.  

- Reuters/AFP/NU/na

Top