Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Berapi Kilauea terus muntahkan lahar, penduduk diarah berpindah

Gunung Berapi Kilauea di Pulau Besar Hawaii terus memuntahkan lahar, memaksa lebih 10,000 penduduk berpindah ke tempat-tempat lebih selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 May 2018 10:33PM Dikemas Kini : 05 May 2018 01:09AM

HAWAII: Gunung Berapi Kilauea di Pulau Besar Hawaii terus memuntahkan lahar, memaksa lebih 10,000 penduduk berpindah ke tempat-tempat lebih selamat.

Di beberapa kawasan, letusan lahar kelihatan menjulang setinggi 46 meter.

Letusan Gunung Berapi Kilauea itu berlaku setelah beberapa gempa dikesan sejak beberapa hari lalu di Pulau berkenaan.

Kilauea, salah satu daripada lima gunung berapi di Hawaii, masih aktif sejak lebih tiga dekad lalu.

Pihak berkuasa tidak dapat meramalkan berapa lama letusan terbaru ini akan berterusan.

Sumber : Agensi berita/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan