Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung berapi Guatemala ragut 25 nyawa

Sekurang-kurangnya 25 orang mati termasuk tiga kanak-kanak, menyusuli letupan kuat sebuah gunung berapi di Guatemala tengah hari semalam (3 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jun 2018 07:24PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 09:17PM

GUATEMALA CITY: Sekurang-kurangnya 25 orang mati termasuk tiga kanak-kanak, menyusuli letupan kuat sebuah gunung berapi di Guatemala tengah hari semalam (3 Jun).

Menurut para pegawai, mangsa yang terkorban setakat ini adalah di tiga bandar iaitu El Rodeo, Alotenango dan San Muguel los Lotes.

Dalam pada itu, hampir 300 yang lain mengalami kecederaan sedang lahar Gunung Berapi de Fuego itu mengalir ke kampung-kampung berhampiran.

Sejauh ini, seramai 3,100 penduduk pula terpaksa dipindahkan dari kawasan yang terjejas.

Beratus-ratus anggota penyelamat sudahpun dikerah dan bertungkus lumus untuk menolong para penduduk di kawasan di mana rumah-rumah dan jalan raya terbakar serta diselaputi debu tebal. 

Sumber : Reuters/NT/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan