Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung berapi gegar Filipina, ribuan penduduk dipindahkan

Sebuah gunung berapi dekat ibu kota Filipina, memuntahkan lapisan debu yang sangat tebal ke udara hari ini (12 Jan) memaksa ribuan penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga, menurut pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung berapi gegar Filipina, ribuan penduduk dipindahkan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jan 2020 07:48PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 07:52PM

MANILA: Sebuah gunung berapi dekat ibu kota Filipina, memuntahkan lapisan debu yang sangat tebal ke udara hari ini (12 Jan) memaksa ribuan penduduk dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga, menurut pihak berkuasa.

Pakar kaji gempa bumi merakam pergerakan lahar ke kawah gunung berapi Taal, salah satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina yang terletak 65 kilometer daripada selatan Manila.

Ini meningkatkan kemungkinan berlaku letusan dalam masa "beberapa hari hingga beberapa minggu" jika aktiviti itu berterusan, menurut Ketua Institut Kaji Gunung Berapi dan Gempa Bumi Filipina, Renato Solidum.

Kali terakhir gunung berapi Taal meletus adalah pada 1977.

Ketika itu gumpalan abu setinggi satu kilometer kelihatan dan beberapa gegaran dapat dirasakan di sekitar kawasan gunung berapi berkenaan, yang popular dalam kalangan pelancong kerana pemandangannya yang cantik.

Menurut pejabat bencana tempatan, mereka sudah memindahkan lebih 2,000 penduduk yang tinggal di kepulauan gunung berapi itu yang terletak dalam sebuah tasik besar yang terbentuk daripada letusan sebelumnya.

Menurut Encik Solidum, pihak berkuasa akan mengeluarkan arahan pemindahan bagi para penduduk yang tinggal di pulau berhampiran jika keadaan bertambah buruk.

Kejadian gempa bumi dengan letusan gunung berapi berlaku secara kerap di Filipina akibat kedudukannya di 'lingkaran api' Pasifik, di mana plat tektonik bertembung di bawah permukaan bumi.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan