Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Agung meletus, penduduk mula pindah

Gunung Agung di pulau Bali, Indonesia meletus malam semalam (2 Jul), memuntahkan debu setinggi dua kilometer di udara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jul 2018 08:22AM Dikemas Kini : 04 Jul 2018 01:10AM

DENPASAR: Gunung Agung di pulau Bali, Indonesia meletus malam semalam (2 Jul), memuntahkan debu setinggi dua kilometer di udara.

Minggu lalu, lapangan terbang antarabangsa Ngurai Rai membatalkan beratus-ratus penerbangan ekoran letusan Agung.

Agensi geologi Indonesia menyatakan bahawa letusan terbaru Agung berlaku sekitar 9.00 malam waktu tempatan dan berterusan selama lebih tujuh minit. Ia memuntahkan lahar yang mengalir sehingga dua kilometer dari puncak gunung.

Zon larangan dikuatkuasakan dalam jarak lingkungan empat kilometer dari Agung.

Kali terakhir gunung itu meletus adalah November lalu, menjejas beribu-ribu pelancong dan industri pelancongan di Bali.

Agensi mitigasi bencana kebangsaan Indonesia berkata, penduduk mendengar letupan kuat dan melihat bongkah terpelanting keluar sejauh kira-kira dua kilometer dari kawah.

 "Penduduk mula berpindah secara sukarela," kata jurucakap agensi, Sutopo Nughoro.

Beliau menambah lapangan terbang kekal beroperasi dan tiada perubahan pada status amaran gunung berkenaan.

Letusan terbesar Gunung Agung berlaku pada tahun 1963, yang meragut nyawa sekitar 1,600 orang.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan