Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Agung meletus lagi, beberapa hari selepas status pengawasan dibatalkan

Gunung Agung di Bali meletus lagi dengan asap tebal melambung setinggi 2,500 meter, menurut beberapa laporan agensi media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Agung meletus lagi, beberapa hari selepas status pengawasan dibatalkan

Gunung Berapi Agung kelihatan meletus pada 28 November. (Gambar: SONNY TUMBELAKA/AFP)

Diterbitkan : 24 Dec 2017 03:57PM Dikemas Kini : 24 Dec 2017 03:59PM

BALI: Gunung Agung di Bali meletus lagi dengan asap tebal melambung setinggi 2,500 meter, menurut beberapa laporan agensi media tempatan.

Menurut laporan Antara News, Pusat Gunung Berapi dan Bahaya Geologi (PVMBG), Devy Syahbana menarik perhatian bahawa satu letusan berlaku pada 11.57 pagi waktu tempatan semalam (23 Dis).

Asap tebal boleh kelihatan dari pusat pemantauan di Tansh Ampo yang terletak sekitar 22 kilometer dari Gunung Agung, demikian dilaporkan Antara News.

Meskipun asap tebal membumbung tinggi, ia tidak menjejas penerbangan di Lapangan Terbang Gusti Ngurai Rai, menurut laporan merdeka.com pula.

Laporan merdeka.com itu menukil Cik Devy yang berkata: "Angin mengarah ke Timur Laut, Lapangan Terbang Ngurah Rai yang berada di Barat Daya masih aman."

Baru semalam (23 Dis), Jakarta Post melaporkan bahawa pemerintah Indonesia sudahpun membatalkan status pengawasan di Bali dengan menyatakan bahawa ia hanya diramalkan menjejas kawasan sekitar 10 kilometer kelilingnya.

Laporan Jakarta Post itu menyatakan Setiauasaha Kabinet Pramono Anung berkata pada Jumaat lalu (22 Dis) bahawa status pengawasan itu menjejas jumlah pengunjung ke Bali.

Presiden sudah membuat keputusan untuk membatalkan status pengawasan. Bali kini bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong," katanya selepas sebuah mesyuarat kabinet dengan Presiden Joko Widodo di Denpasar.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan