Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Agung meletus; amaran kedua tertinggi dikeluarkan

Seminggu selepas letusan gunung berapi Anak Krakatau, yang menyebabkan gelombang tsunami di Selat Sunda, kini satu lagi gunung berapi iaitu Gunung Agung di Bali meletus siang tadi (30 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2018 06:44PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 09:38PM

JAKARTA: Seminggu selepas letusan gunung berapi Anak Krakatau, yang menyebabkan gelombang tsunami di Selat Sunda, kini satu lagi gunung berapi iaitu Gunung Agung di Bali meletus siang tadi (30 Dis). Pihak berkuasa memberi amaran kepada para pelancong supaya jangan ke kawasan terjejas.

Gunung Agung sudah beberapa kali meletus sejak ia kembali aktif pada 2017, sehingga mengakibatkan beratus-ratus penerbangan tertangguh dan 120,000 pengunjung terkandas.

Pada pagi tadi (30 Dis), gunung tersebut - yang terletak sekitar 70 kilometer dari hab pelancong di Kuta - memuntahkan debu sedang ia meletus selama tiga minit, menurut pusat kaji gunung berapi negara itu.

"Para penduduk berdekatan Gunung Agung serta para pendaki dan pelancong dinasihati supaya jangan melakukan sebarang kegiatan di zon berbahaya itu ataupun sekitar empat kilometer dari kawah," menurut pusat tersebut dalam kenyataan medianya.

Pada 22 Dis, letusan Anak Krakatau menyebabkan tsunami membadai kawasan barat pulau-pulau Jawa dan selatan Sumatera. Lebih 420 orang terkorban dan 7,000 lagi cedera.

Dalam letusan terkini, beberapa kampung di Bali diselimuti debu, tetapi tiada asap atau lahar dikesan dimuntahkan dari kawah. Penduduk juga tidak diarahkan supaya berpindah walaupun amaran tahap kedua tertinggi sudah dikeluarkan.

Pusat itu turut memberi amaran kepada para penduduk di sungai-sungai kawasan terjejas supaya berwaspada terhadap pengaliran lahar sejuk - sejenis lumpur gunung berapi yang terhasil dari batu-bata dan debu pada musim hujan. Ramai yang sering berfikir bahawa bahan yang dimuntahkan gunung berapi lazimnya berwarna merah atau jingga terang.

Pada Jun, banyak penerbangan dibatalkan selepas Gunung Agung meletus dan memuntahkan asap dan debu ke udara, setinggi lebih 1,000 meter.

Letusan terbesar Agung berlaku pada 1963, yang meragut nyawa lebih 1,600 orang.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan