Gunung Agung letus lagi; diramal lebih dahsyat tidak lama lagi
Gunung Agung di Bali meletus lagi beberapa kali hari ini (8 Dis).
KARANGASEM, INDONESIA: Gunung Agung di Bali meletus lagi beberapa kali hari ini (8 Dis).
Bagaimanapun, operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali dan Lombok tetap berjalan seperti biasa.
Sekitar 8.00 pagi tadi, sebuah video selang masa atau 'timelapse' menunjukkan Gunung Agung menyemburkan debu berapi.
Menurut Agensi Pengurangan Bencana Indonesia, semburan yang dilihat dalam video itu mencapai ketinggian 2.1 kilometer daripada permukaan kawah.
Gunung berapi setinggi 3,000 meter itu diramal meletus lebih dahsyat tidak lama lagi dan sejak kebelakangan ini ia semakin aktif.
Pihak berkuasa meningkatkan status amarannya ke tahap maksima setelah ia mula meletus bulan lalu, menjejaskan penerbangan ke pulau tersebut dengan lapangan terbangnya ditutup selama tiga hari minggu lalu.
Pada tahun 1963, letusan hebat Gunung Agung meragut nyawa lebih 1,000 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.