Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gucci, Balenciaga, Saint Laurent derma S$1 juta bantu Australia tangani kebakaran belukar

Dengan ribuan orang yang dipindahkan dan banyak kehidupan liar turut musnah dalam krisis kebakaran belukar Australia, tokoh-tokoh awam dan selebriti seperti Elton John, Metallica dan Chris Hemsworth sudah tampil menderma AS$1 juta (S$1.5 juta) untuk membantu para mangsa bencana itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gucci, Balenciaga, Saint Laurent derma S$1 juta bantu Australia tangani kebakaran belukar

(Gambar asal: Balenciaga)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 07:27PM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 07:32PM

AUSTRALIA: Cuaca terik dan kemarau sejak beberapa bulan mencetuskan kebakaran belukar merata Australia. Dengan ribuan yang dipindahkan dan banyak kehidupan liar turut musnah, tokoh-tokoh awam dan selebriti seperti Elton John, Metallica dan Chris Hemsworth sudah tampil menderma AS$1 juta (S$1.5 juta) untuk membantu para mangsa bencana itu.

Kini, kumpulan syarikat fesyen Kering - yang memiliki jenama Gucci, Balenciaga, Bottega Veneta dan Alexander McQueen, turut tampil menghulurkan derma sebanyak A$1 juta (S$931,380) untuk membantu melawan kebakaran di Australia. Kering adalah antara konglomerat mewah pertama tampil secara terbuka untuk membantu usaha itu.

"Sebagai respons kepada krisis kebakaran belukar di Australia, kumpulan jenama Kering bergabung menyokong usaha warga Australia memadam kebakaran," menurut kenyataan Kering. "Gucci, Saint Laurent, Bottega Veneta, Balenciaga, Alexander McQueen, Brioni, Boucheron, Pomellato, Dodo, Qeelin, Ulysse Nardin dan Girard-Perregaux akan secara bersama menderma A$1 juta keseluruhannya sebagai sumbangan segera. Dana ini akan disalurkan ke badan setempat paling wajar menurut pakar kemampanan kumpulan ini."

Kumpulan syarikat fesyen itu juga menambah jenama-jenama tersebut juga akan memulakan inisiatif tambahan demi menyokong warga Australia.

Sebagai lanjutan kepada derma oleh syarikat induk berkenaan, Balenciaga mengeluarkan kemeja-T dan jaket hoodie yang direka khas untuk mengumpul dana bagi usaha itu. Pakaian tersebut akan menampilkan gambar koala, salah satu haiwan yang paling terjejas teruk akibat kebakaran Australia.

Menurut jenama mewah itu, 100 peratus hasil jualan akan disalurkan ke badan-badan pemuliharaan setempat. Koleksi itu boleh dibeli dari laman Balenciaga bermula 13 Januari.

Sumber : CNA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan