Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guatemala bakal pindah kedutaan ke Baitulmakdis, sokong Trump

Presiden Guatemala Jimmy Morales berkata bahawa beliau sudahpun memberi arahan untuk memindahkan kedutaan negara Amerika Tengah itu yang kini di Tel Aviv, Israel, ke Baitulmakdis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Dec 2017 03:29PM Dikemas Kini : 25 Dec 2017 10:46PM

GUATEMALA: Presiden Guatemala Jimmy Morales berkata bahawa beliau sudahpun memberi arahan untuk memindahkan kedutaan negara Amerika Tengah itu yang kini di Tel Aviv, Israel, ke Baitulmakdis.

Ini menyusuli sokongan yang disuarakan oleh negara itu beberapa hari lalu untuk Amerika Syarikat berhubung isu Baitulmakdis.

Dalam satu catatan ringkas di Facebook rasminya, Presiden Morales berkata bahawa beliau membut keputusan untuk memindahkan kedutaan negaranya dari Tel Aviv selepas bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam (24 Dis).

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel pada awal bulan ini sekaligus mencetuskan kemaharan di merata dunia.

Pada Khamis lalu (21 Dis), 128 negara termasuk Singapura, menolak tindakan Presiden Donald Trump dengan menyatakan sokongan terhadap ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa Amerika Syarikat supaya batalkan perisytiharannya berhubung Baitulmakdis itu.

Guatemala antara sembilan negara sahaja termasuk Amerika Syarikat dan Israel, yang mengundi untuk menentang resolusi tersebut.

Amerika Syarikat merupakan sumber bantuan yang penting bagi Guatemala. Presiden Trump sebelum ini mengancam untuk menyekat penyaluran dana bantuan kepada negara-negara yang menyokong ketetapan PBB itu.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan