Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gua Tham Luang dijadikan muzium, operasi menyelamat difilemkan

Gua di utara Thailand di mana 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih bola sepak terperangkap selama lebih dua minggu akan dijadikan sebagai sebuah muzium. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2018 04:26PM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 11:15PM

MAE SAI: Gua di utara Thailand di mana 12 kanak-kanak dan seorang jurulatih bola sepak terperangkap selama lebih dua minggu akan dijadikan sebagai sebuah muzium.

Pasukan penyelamat memberitahu BBC bahawa muzium itu akan memaparkan bagaimana operasi menyelamat dijalankan, sambil menambah, ia akan menjadi "daya tarikan utama" Thailand.

Sekurang-kurangnya dua syarikat turut menimbangkan untuk menjadikan insiden itu sebagai sebuah filem.

Kumpulan yang diselamatkan sedang beransur pulih dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital tempatan.

Video-video menunjukkan mereka dalam keadaan sihat dan bersemangat, meskipun mereka perlu dikuarantin selama seminggu.

Unit SEAL Tentera Laut Thai juga mengongsi rakaman penuh aksi operasi menyelamat yang menunjukkan usaha mereka membawa pasukan Wild Boar itu keluar daripada gua, lapor BBC.

Gua Tham Luang merupakan salah satu sistem gua terbesar di Thailand. Ia terletak di bawah gunung-gunung di sekitar pekan kecil Mae Sai, utara wilayah Chiang Rai dekat sempadan dengan Myanmar.

Menurut BBC, kawasan itu belum lagi dibangunkan dan tidak banyak kemudahan bagi para pelancong.

"Kawasan itu akan dijadikan sebagai sebuah muzium bergerak, untuk menunjukkan bagaimana operasi dijalankan," kata mantan gabenor dan ketua pasukan penyelamat, Narongsak Osottanakorn, dalam satu sidang media.

"Satu pangkalan data interaktif akan dibangunkan. Ia akan menjadi salah satu daya tarikan Thailand."

Namun, Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha berkata langkah berjaga-jaga perlu dilaksanakan di luar dan dalam gua bagi menjaga keselamatan para pelancong.  

Sumber : CNA/KN/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan