Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gua Matsoorat tiada dalam senarai lokasi penggambaran drama

Gua Matsoorat di Perak tidak disenaraikan sebagai lokasi penggambaran sebuah drama yang menjadi isu ekoran dakwaan berlaku kerosakan dalam gua berkenaan, kata Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Zakaria Abdul Hamid.

Anggaran Waktu Membaca:
Gua Matsoorat tiada dalam senarai lokasi penggambaran drama

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 09:32PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 09:39PM

CYBERJAYA: Gua Matsoorat di Perak tidak disenaraikan sebagai lokasi penggambaran sebuah drama yang menjadi isu ekoran dakwaan berlaku kerosakan dalam gua berkenaan, kata Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Zakaria Abdul Hamid.

Beliau berkata Finas menjalankan siasatan terhadap lesen Surat Perakuan Penggambaran (SPP) dan mendapati senarai tempat dan aktiviti penggambaran syarikat produksi terbabit tidak melibatkan Gua Matsoorat.

“Tidak ada langsung yang menyebut boleh buat penggambaran dalam gua," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Festival Filem Belia Antarabangsa LimKokWing University hari ini (7 Apr).

Katanya penerbit drama berkenaan juga mengakui tiada adegan lakonan dalam Gua Matsoorat dan ia bermakna pencerobohan atau kerosakan dalam gua yang berlaku merupakan tindakan peribadi individu atau kumpulan.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Perak sedang menyiasat dakwaan fosil berusia jutaan tahun dan bahagian dinding di Gua Matsoorat didakwa dirosakkan ketika sebuah syarikat produksi drama menjalankan penggambaran.

Turut tular di laman sosial apabila pengguna Facebook mendedahkan terdapat kerosakan selepas penggambaran sebuah drama, selain mendakwa kru produksi membuang sampah merata-rata dengan perkongsian beberapa gambar menunjukkan kerosakan dan ukiran tajuk drama itu pada dinding gua.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan