Images
  • computer
    (Gambar: Tim Wimborne/Reuters)

Google Drive, Gmail terjejas akibat 'gangguan khidmat'

SINGAPURA: Google menyatakan pada Rabu (13 Mac) bahawa pihaknya sedang menyiasat laporan-laporan berhubung masalah dengan Gmail dan Google Drive setelah para pengguna di seluruh dunia melaporkan mengalami gangguan.

Lamannya menunjukkan bahawa kedua-dua Gmail dan Google Drive terjejas oleh "gangguan khidmat".

"Para pengguna yang terjejas boleh mengakses Gmail (dan Google Drive), tetapi melihat pesanan "error", kelengahan yang lama, dan/atau isu di luar jangkaan," menurutnya di 'G Suite Status Dashboard'.

"Kerja-kerja pemulihan masih lagi dijalankan oleh Pasukan Kejuruteraan kami. Kami akan memberikan satu lagi maklumat terkini pada Selasa (12 Mac) (12.45 tengah hari waktu Singapura pada Rabu)," menurutnya di "Google Cloud Status Dashboard".

Para pengguna di seluruh dunia termasuk dari Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Hong Kong dan Malaysia menggunakan media sosial untuk meluahkan rungutan mengenai gangguan tersebut.

- CNA/NA/na

Top