Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gesaan siasatan dan hukuman berat ke atas syarikat terlibat dalam skandal vaksin China

Perdana Menteri China Li Keqiang menggesa siasatan segera dijalankan ke atas satu skandal vaksin yang disifatkan beliau sebagai tidak bermoral.

Anggaran Waktu Membaca:
Gesaan siasatan dan hukuman berat ke atas syarikat terlibat dalam skandal vaksin China

Gambar fail hospital di China (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 23 Jul 2018 07:55PM Dikemas Kini : 23 Jul 2018 08:00PM

BEIJING: Perdana Menteri China Li Keqiang menggesa siasatan segera dijalankan ke atas satu skandal vaksin yang disifatkan beliau sebagai tidak bermoral.

Pada Isnin (23 Jul) beliau menggesa supaya hukuman yang berat dikenakan terhadap syarikat-syarikat dan mereka yang terlibat dalam skandal kesihatan paling buruk yang berlaku di negara itu.

Skandal tersebut berlaku selepas sebuah syarikat gergasi pengeluar vaksin Changsheng Biotechnology Co dilaporkan membekalkan vaksin kurang bermutu kepada kanak-kanak.

Syarikat tersebut didapati memalsukan dokumen penghasilan vaksin penyakit anjing gila atau rabies untuk kanak-kanak berusia semuda tiga bulan.

Siasatan menunjukkan lebih 252,000 vaksin tersebut dijual kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan penyakit Shandong yang bertanggungjawab bagi kesihatan awam.

Meskipun tidak ada laporan mengenai orang yang sakit akibat vaksin tersebut, pihak pengawal selia mengarahkan Changsheng menghentikan penghasilan dan menarik balik produk berkenaan.

Syarikat tersebut didenda lebih setengah juta dolar Amerika.

Kes tersebut menjadi tular di wadah media sosial di China. Isu keselamatan makanan dan perubatan mencetuskan perdebatan hangat akibat pelbagai skandal sejak sedekad lalu.

Akhbar China Daily menegaskan, kes itu mungkin akan mencetuskan krisis kesihatan awam di China, jika tidak ditangani dengan baik dan telus. 

Sumber : CNA/MM/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan