Images
  • hong kong
    (Gambar: Reuters)

Gesa anjur bantahan di Hong Kong sedang China usul undang-undang keselamatan baru

HONG KONG: Rancangan Beijing hendak menguatkuasakan satu undang-undang keselamatan di Hong Kong mencetuskan kemarahan para penduduk wilayah khas China itu.

Sejumlah aktivis datang ke Pejabat Hubungan China di Hong Kong bagi menyuarakan bantahan mereka.

Saranan bagi undang-undang keselamatan di Hong Kong itu diserahkan kepada parlimen China pada hari pertama sidangnya pagi tadi (22 Mei).

Ia bertujuan mengadakan "mekanisme penguatkuasaan" di Hong Kong dan Macau bagi menjaga keselamatan negara.

Ia memberi tanggungjawab kepada Ketua Eksekutif Hong Kong untuk mencegah tindak-tanduk yang boleh membahayakan keselamatan negara.

Rang undang-undang itu dijangka mengharamkan perbuatan menghasut, campur tangan asing dan pengganasan.

Pemerintah Hong Kong menyatakan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada keputusan parlimen China mengenai isu itu.

- Reuters/MU/ha

Top