Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gereja di Berlin buka pintu untuk Muslim solat Jumaat

Sebuah gereja di Berlin, ibu kota Jerman membuka pintunya kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat susulan langkah jarak selamat di masjid mengehadkan jumlah jemaah yang dapat ditampung.

Anggaran Waktu Membaca:
Gereja di Berlin buka pintu untuk Muslim solat Jumaat

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 23 May 2020 10:48PM Dikemas Kini : 23 May 2020 10:51PM

BERLIN: Sebuah gereja di Berlin, ibu kota Jerman membuka pintunya kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat susulan langkah jarak selamat di masjid mengehadkan jumlah jemaah yang dapat ditampung.

Masjid Dar Assalam di daerah Neukölln biasanya boleh menampung ratusan jemaah untuk solat Jumaat.

Namun, ia hanya dapat memuatkan 50 jemaah pada satu-satu masa di bawah aturan jarak selamat ketat yang dilaksanakan Jerman.

Sepanjang bulan Ramadan, gereja Martha Lutheran yang terletak berdekatan masjid tersebut, tampil menawarkan ruang untuk umat Islam melaksanakan solat Jumaat.

"Pertolongan ini satu petanda baik dan memberi kegembiraan kepada umat Islam dalam bulan Ramadan ketika berdepan krisis ini," kata mam Masjid Dar Assalam, Mohamed Taha Sabry.

"Pandemik ini telah menyatukan kita menjadi sebuah masyarakat,"tambahnya.

Jerman membenarkan tempat-tempat ibadat dibuka semula pada 4 Mei tetapi para jemaah perlu menjaga jarak selamat sekurang-kurangnya 1.5 meter. 

Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan