Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gerakan perpaduan sedunia beri perlindungan kepada umat Islam ekoran serangan Christchurch

Meskipun serangan pengganas di dua masjid Christchuch baru-baru ini cuba untuk memecahbelahkan masyarakat New Zealand, rakyat negara itu dan masyarakat sedunia memberi respons positif dengan memaparkan semangat perpaduan antara agama.

Anggaran Waktu Membaca:
Gerakan perpaduan sedunia beri perlindungan kepada umat Islam ekoran serangan Christchurch

(Gambar: Jorge Silva/Reuters)

Diterbitkan : 17 Mar 2019 10:41PM Dikemas Kini : 17 Mar 2019 10:59PM

CHRISTCHURCH: Meskipun serangan pengganas di dua masjid Christchurch baru-baru ini cuba untuk memecahbelahkan masyarakat New Zealand, rakyat negara itu dan masyarakat sedunia memberi respons positif dengan memaparkan semangat perpaduan antara agama.

Menyusuli tragedi itu, masyarakat sedunia berusaha untuk mengumpulkan dana bernilai berjuta-juta dolar, serta mendermakan makanan halal dan juga memberi perlindungan kepada masyarakat Muslim tempatan.

Serangan pengganas di dua masjid di bandar Christchurch, yang meragut nyawa 50 orang pada Jumaat (15 Mac), memberi kejutan besar kepada seluruh New Zealand - iaitu sebuah negara yang secara purata mengalami kurang 50 kes pembunuhan setiap tahun.

Di United Kingdom, para jemaah masjid Manchester tersenyum melibat Andrew Graystone memegang papan dengan tulisan: "Kamu sahabat saya. Saya akan terus memerhati suasana sedang kamu solat."

Encik Graystone memberitahu agensi berita BBC bahawa beliau mahu memberi respons kepada serangan kejam itu dengan "menjalin persahabatan".

Mereka berkata usaha mengumpul makanan halal itu menerima sambutan hangat, dengan ramai yang beratur untuk memberikan makanan sepanjang hari (16 Mac).

Encik Ioannou berkata, mereka menerima derma makanan yang begitu banyak sehingga terpaksa meminta orang ramai supaya tidak lagi membuat dermaan.

'KUATKAN SEMANGAT'

Ramai daripada mereka yang menghulurkan bantuan turut meninggalkan mesej-mesej sokongan dalam bahasa Maori.

Ada pula yang menawarkan perlindungan dan sokongan bagi golongan Muslim tempatan yang mungkin rasa takut untuk menjejak keluar dari rumah mereka.

Dalam satu catatan Facebook yang tersebar luas, seorang penduduk Wellington Lianess Howard berkata: "Jika terdapat wanita Muslim di Wellington yang rasa kurang selamat pada masa ini - saya akan berjalan bersama anda, menunggu bas di perhentian bas bersama anda, menaiki bas bersama anda, ataupun berjalan bersama anda sementara anda membeli-belah."

Catatan berkenaan sudahpun dikongsi lebih 16,000 kali.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan