Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Genap 40 tahun sejak perang Iran-Iraq bermula

Pada 22 September ini genap 40 tahun perang Iran-Iraq.

Anggaran Waktu Membaca:
Genap 40 tahun sejak perang Iran-Iraq bermula

Gambar fail sebuah konflik di Iraq (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Sep 2020 12:01AM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 12:05AM

IRAQ: Pada 22 September ini genap 40 tahun perang Iran-Iraq.

Perang yang berlaku pada 1980 itu menyaksikan pemimpin kuku besi Iraq mendiang Saddam Hussein mengerahkan pasukan ke Iran, sekali gus memulakan perang selama lapan tahun yang menyebabkan ratusan ribu orang terkorban.

Ia merupakan antara peperangan paling dahsyat di Timur Tengah, yang berpunca daripada pertikaian sempadan antara kedua-dua negara yang pengeluar minyak itu.

Lima tahun sebelum itu, pada Mac 1975, satu perjanjian di Algiers antara Shah Iran dan Saddam Hussein - naib presiden Iraq pada ketika itu -- berusaha untuk meleraikan pertikaian itu.

Perjanjian Algiers merasmikan bahawa sempadan negara mereka adalah di pusat Shatt al-Arab.

Bagaimanapun pada April 1980, Baghdad menuduh Tehran -- kini dikenali sebagai Republik Islam Iran setelah kejatuhan Shah Iran pada 1979 -- sebagai merancang serangan itu.

Iran mengarahkan pemindahan tiga pulau strategik di Selat Hormuz, yang didakwa oleh kedua-dua Iran dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada 17 September, Baghdad menyatakan bahawa perjanjian Algiers sudah tidak sah dan dibatalkan.

Dalam pada itu, ia mahu menakluki semua Shatt al-Arab.

KEMENANGAN IRAQ AWAL

Pada 22 September, mendiang Saddam Hussein mengerahkan tenteranya ke Iran.

Pasukan tentera udaranya mengebom lapangan terbang -- termasuk Tehran -- serta sasaran tentera dan infrastruktur industri minyak. Penapisan minyak di Abadan, yang terbesar di Iran, juga ditutup.

Pada minggu-minggu pertama, pasukan Iraq tidak berdepan dengan banyak bantahan. Mereka merampas bandar-bandar Qasr-e Shirin dan Mehran, dan menakluk pelabuhan Khorramshahr, di mana Shatt al-Arab terhubung dengan lautan.

Arab Saudi dan Kuwait serta merta menawarkan sokongan kepada Baghdad.

Negara-negara Arab -- termasuk negara-negara Timur Tengah yang dikuasai oleh para pemimpin Muslim Sunni -- memberikan berbilion dolar kepada Iraq.

Mereka menganggap mendiang Saddam Hussein sebagai benteng terhadap pengaruh Ayatollah Ali Khamenei, seorang Muslim Syiah Iran.

Negara-negara Barat, yang bimbang terhadap para pemimpin Iran yang menewaskan rakan sekutu mereka, Shah, bertindak menjual senjata-senjata kepada Iraq.

Pada Mac 1982, Iran melancarkan satu serangan besar di barat daya wilayah minyak Khuzestan, sekali gus mengambil balik pelabuhan Khorramshahr.

Baghdad mengumumkan satu gencatan senjata dan menarik balik pasukan tenteranya. Bagaimanapun Tehran menolak genjatan senjata itu.

Iran meneruskan pertempuran dengan menyerang bandar Iraq iaitu Basra, dan pada Julai, memulakan satu serangan di bahagian selatan.

Iraq pada Ogos menyekat terminal minyak utama di Kharg Island, di luar persisiran Iran. Mulai April 1984, kedua-dua pihak terlibat dalam "peperangan bandar".

Sekitar 30 bandar di kedua-dua pihak diserang oleh peluru-peluru berpandu.

SERANGAN GAS

Pada 1984, Iran menuduh Iraq menggunakan senjata kimia terhadap tenteranya ketika peperangan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan dakwaan tersebut.

Baghdad memperkukuhkan sekatan maritim terhadap Iran. Tehran pula membalas dengan menyerang tangki minyak rakan sekutu Iraq.

Pada 1986, sedang Iraq melancarkan serbuan-serbuan di Kharg, tentera Iran menyeberangi Shatt al-Arab dan merampas Faw Peninsula.

Pada Jun 1987, Iraq menggugurkan balang-balang gas racun di bandar Iwan Sardasht. Pada Mac 1988, Baghdad sekali lagi dituduh menggunakan senjata kimia -- kali ini terhadap penduduknya sendiri, di bandar Iraq Halabja. Bandar itu dikawal oleh para penyerang Kurdi, yang disokong Iran.

Seramai 5,000 orang terkorban di Halabja disebabkan oleh serangan gas itu.

SEKURANG-KURANGNYA 650,000 TERKORBAN

Mulai April 1988, Iraq melancarkan satu lagi serangan, mengambil balik Faw, Majnoon dan wilayah selatan Shalamsheh.

Askar-askar Iran ditolak hingga ke Shatt al-Arab.

Pada 18 Julai, Ayatollah Khomeini menerima satu ketetapan Majlis Keselamatan PBB -- yang diluluskan setahun sebelumnya dan sudah diterima oleh Iraq -- untuk berhenti berperang.

"Keputusan ini lebih menyakitkan berbanding memakan racun, (tetapi) saya menerima apa yang Tuhan sudah menentukan," kata Ayatollah Khomeini.

Meskipun angka mangsa-mangsa yang terkorban dalam peperangan itu tidak diketahui, sekurang-kurangnya 650,000 individu meninggal dunia, sekitar 66 peratus adalah warga Iran, menurut pengkaji sejarah warga Perancis Pierre Razoux.

Satu genjatan senjata diisytharkan pada 20 Ogos 1988.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan