Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa Sulawesi: Amaran kesihatan awam dikeluarkan sedang lebih banyak mayat ditemui

Pasukan penyelamat di Sulawesi Tengah mengeluarkan amaran kesihatan awam yang baru di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami dahsyat, sembilan hari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Oct 2018 06:26PM Dikemas Kini : 07 Oct 2018 12:26AM

BALAROA: Pasukan penyelamat di Sulawesi Tengah mengeluarkan amaran kesihatan awam yang baru di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami dahsyat, sembilan hari lalu.

Lebih banyak mayat yang sudah reput ditemui di bandar Palu dan ini menimbulkan kebimbangan tentang bahaya wabak penyakit.

Angka rasmi jumlah kematian dalam bencana alam itu setakat ini sudah mencapai lebih 1,600 orang. Namun, lebih 1,000 orang dipercayai masih hilang. Harapan untuk menemui mereka dalam keadaan masih hidup, kini amat tipis.

Lebih banyak mayat yang sudah reput juga mungkin ditemui di Petobo dan Balaroa, dua kawasan kejiranan di Palu yang hampir musnah sama sekali.

Pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya menjauhi dua kawasan itu bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan