Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa sekuat 7 skala Richter gegar Alaska

Gempa bumi yang kuat melanda bahagian selatan wilayah Alaska, Amerika Syarikat. Mujur, tiada yang terkorban atau cedera parah dalam bencana alam itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Dec 2018 09:26PM Dikemas Kini : 01 Dec 2018 09:29PM

LOS ANGELES: Gempa bumi yang kuat melanda bahagian selatan wilayah Alaska, Amerika Syarikat. Mujur, tiada yang terkorban atau cedera parah dalam bencana alam itu.

Pusat gempa sekuat 7 pada skala Richter itu terletak 13 kilometer ke utara Achorage, ibu kota Alaska yang mempunyai 300,000 penduduk.

Meskipun tiada kematian atau mangsa yang cedera parah, gempa pagi semalam (30 Nov) itu menyebabkan kerosakan harta benda dan prasarana awam.

Gempa kemudian disusuli dengan puluhan gegaran susulan sepanjang hari. Sejurus berlakunya gempa yang pertama, pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami tetapi ia kemudian ditarik balik.

Sebagai langkah berjaga-jaga juga paip minyak rentas Alaska sepanjang 1,300 kilometer ditutup selama tujuh jam. Sekolah-sekolah awam di Achorage pula akan ditutup sehingga Rabu (5 Dis) ini untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan