Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa sekuat 6.2 Richter melanda tenggara Iran

Satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda wilayah tenggara Kerman di Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa sekuat 6.2 Richter melanda tenggara Iran

Gempa berkenaan berlaku pada sekitar 4.43 petang waktu Singapura dengan pusat gempa terletak sekitar 50 kilometer dari ibu kota wilayah Kerman iaitu sekitar 800 kilometer dari Tehran. (Gambar: Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS))

Diterbitkan : 13 Dec 2017 11:23AM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 11:25AM

TEHRAN: Satu gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda wilayah tenggara Kerman di Iran.

Demikian menurut pusat seismologi Iran semalam (12 Dis). Ia turut menambah bahawa hanya kerosakan kecil dilaporkan.

Seramai 18 orang mengalami kecederaan menyusuli gempa yang melanda kampung Hejdak dan Ravak di wilayah Kerman, menurut kenyataan khidmat kecemasan kepada penyiar negara, IRIB.

Para pegawai pula berkata bahawa rumah-rumah lama di enam kampung musnah dan kelas-kelas di sekolah dan universiti terpaksa dibatalkan.

Gempa berkenaan berlaku pada sekitar 4.43 petang waktu Singapura dengan pusat gempa terletak sekitar 50 kilometer dari ibu kota wilayah Kerman iaitu sekitar 800 kilometer dari Tehran.

Ia berukuran 5.9 menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) dengan beberapa gempa susulan dilaporkan.

Pada lewat semalam, USGS melaporkan satu lagi gempa di daerah itu iaitu yang berukuran 6.0 pada skala Richter di kawasan sekitar 65 kilometer dari Kerman.

Sebelum ini, Iran pernah mengalami sekurang-kurangnya dua bencana alam yang mengorbankan lebih 600 orang pada 2005 dan 300 lagi pada 2012.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan