Gempa sekuat 5.7 Richter gegar Bengkulu
Gempa bumi sekuat 5.7 pada skala Richter menggegarkan wilayah Bengkulu di Pulau Sumatera hari ini (30 Dis).
JAKARTA: Gempa bumi sekuat 5.7 pada skala Richter menggegarkan wilayah Bengkulu di Pulau Sumatera hari ini (30 Dis).
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa yang berlaku pada 3.39 petang waktu Indonesia Barat itu berpusat di 42 kilometer Timur Laut Lebong, Wilayah Bengkulu.
Gegaran gempa itu dirasakan di Kota Bengkulu, Kepahiang, Bengkulu Tengah, Manna, Mukomuko, Lebong, Pesisir Selatan, Kepulauan Mentawai, Pariaman dan Padang.
Menurut media tempatan, penduduk dilaporkan bertempiaran keluar dari bangunan dan kediaman mereka. Bagaimanapun, BMKG melaporkan gempa itu tidak mencetuskan tsunami.
Setakat ini belum ada sebarang laporan kemusnahan harta benda atau kemalangan jiwa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.