Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa sekuat 5.4 Richter gegar Jawa Barat

Gempa bumi bermagnitud 5.4 pada skala Richter menggegarkan barat daya Sukabumi, Jawa Barat. Gempa berpusat di 113 km barat daya Sukabumi itu berlaku pada jam 4.54 petang (waktu tempatan).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa sekuat 5.4 Richter gegar Jawa Barat

(Gambar hiasan: shutterstock)

Diterbitkan : 08 Jan 2019 08:20PM Dikemas Kini : 08 Jan 2019 08:23PM

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 5.4 pada skala Richter menggegarkan barat daya Sukabumi, Jawa Barat. Gempa berpusat di 113 km barat daya Sukabumi itu berlaku pada jam 4.54 petang (waktu tempatan).

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu turut dirasai di Sukabumi, Bandung, Lembang, Pangandaran dan Pelabuhan Ratu. Tiada ancaman tsunami dikeluarkan BMKG.

Belum ada laporan berkaitan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa setakat ini.

Sebelum ini, berlaku kejadian tanah runtuh di Sukabumi pada 31 Dis. Kejadian itu menyebabkan 30 buah rumah tertimbus di Dusun Garehong Desa Sirnaresmi Kecamatan Cisolok Kabupaten Sukabumi.

Indonesia sering dilanda bencana alam kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik, di mana pergerakan tektonik berlaku.

Tsunami yang melanda baru-baru ini merupakan bencana alam ketiga terbesar yang berlaku dalam tempoh enam bulan, menyusuli siri gempa bumi kuat di pulau Lombok pada Julai dan Ogos serta satu gempa-tsunami pada September yang meragut nyawa sekitar 2,200 orang di Palu di pulau Sulawesi, dengan beribu-ribu orang masih hilang dan dipercayai terkorban.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan