Gempa sederhana landa selatan Sumatera
Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 8.36 pagi tadi (17 Okt).
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 8.36 pagi tadi (17 Okt).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 232 kilometer (km) tenggara dari Siberut, Indonesia pada kedalaman 89 kilometer.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.