Images
  • central java quake
    (Gambar: Badan Nasional Penanggulangan Bencana/Facebook)

Gempa melanda Indonesia dan Filipina

JAKARTA: Gempa berukuran 6.0 Rikter menggegarkan beberapa bahagian tengah Indonesia, hari ini (3 Jul).

Namun, menurut agensi meteorologi dan geofizik Indonesia gegaran itu tidak menimbulkan risiko tsunami.

Gempa itu berlaku pada 4.59 petang waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 240 kilometer dari barat laut Kepulauan Sangihe, wilayah Sulawesi Utara dan sedalam 77 kilometer.

Pegawai agensi meteorologi dan geofizik tersebut menyatakan, seorang pegawai mengatakan bahawa tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan.

Indonesia kerapkali dilanda gempa memandangkan ia terletak dalam lingkaran gunung berapi Pasifik.

Sementara itu, gempa berukuran 5.5 Richter pula melanda wilayah Batangas di Pulau Luzon, Filipina, menurut Institut Kaji Gunung Berapi dan Seismologi Filipina (Phivolcs). 

Philvocs juga melaporkan bahawa gempa yang berlaku pukul 12.25 malam waktu tempatan itu, mencatat kedalaman 123 kilometer, kira-kira 25 kilometer barat daya dari bandar Nasugbo di Batangas, selatan Manila.

Gegaran turut dirasakan di Manila, ibu negara Filipina.

Tiada laporan kerosakan diterima sejauh ini bagaimanapun Philvocs meramalkan gempa susulan mungkin akan berlaku.

- Bernama/hs

Top