Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa ketiga dalam dua minggu landa Papua New Guinea

Gempa bumi sekuat 6.8 magnitud melanda Papua New Guinea awal pagi tadi (9 Mac), menurut para pegawai. Namun, tiada amaran tsunami ataupun kerosakan yang dilaporkan setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa ketiga dalam dua minggu landa Papua New Guinea
Diterbitkan : 09 Mar 2018 07:57AM Dikemas Kini : 09 Mar 2018 07:59AM

SYDNEY: Gempa bumi sekuat 6.8 magnitud melanda Papua New Guinea awal pagi tadi (9 Mac), menurut para pegawai. Namun, tiada amaran tsunami ataupun kerosakan yang dilaporkan setakat ini.

Gempa itu berlaku pada 3.39 pagi waktu tempatan (1.39 pagi waktu Singapura) pada kedalaman 15 kilometer dan sekitar 20 kilometer dari bandar Taron di New Ireland, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat.

Seorang jurucakap Pejabat Pengurusan Bencana Nasional yang berpangkalan di Port Moresby berkata tiada laporan kerosakan setakat ini tetapi pasukan-pasukan pengurusan bencana akan menjalankan penilaian hari ini.

“Kami menghubungi pejabat daerah dan ia akan memeriksanya,” kata jurucakap itu kepada AFP.

Pusat gempa itu lebih 800 kilometer dari bahagian pergunungan negara Pasifik itu di mana gempa 7.5 magnitud pada 26 Februari lalu meragut nyawa sekurang-kurangnya 67 orang.

Malah, hanya dua hari lalu, gempa 6.7 magnitud dan sedalam 33 kilometer sekali lagi berlaku di kawasan yang sama sejurus selepas 12.00 tengah malam.

Papua New Guinea terletak di kawasan yang disifatkan sebagai Pergelangan Api Pasifik yang sering mengalami kegiatan seismos.

Oleh sebab ia terletak di kawasan pergunungan yang terpencil, maklumat tentang kerosakan biasanya mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke para pegawai dan agensi-agensi bantuan. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan