Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa Iran: Angka korban naik kepada 450 orang, lagi 7,000 cedera

 Pemerintah Iran mengisytiharkan hari ini (14 Nov) sebagai hari berkabung bagi memperingati mangsa gempa bumi 7.3 Rikter yang melanda 14 wilayah di Iran, Ahad lalu (12 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2017 08:13PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 11:13PM

ANKARA: Pemerintah Iran mengisytiharkan hari ini (14 Nov) sebagai hari berkabung bagi memperingati mangsa gempa bumi 7.3 Rikter yang melanda 14 wilayah di Iran, Ahad lalu (12 Nov).

Sejauh ini, sekurang-kurangnya 450 orang terkorban dan 7,000 yang lain cedera.

Menurut pihak berkuasa, operasi mencari dihentikan memandangkan harapan tipis bagi mengesan sebarang mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Tumpuan kini beralih kepada usaha bantuan dan pemulihan pula.

Ekoran daripada gempa bumi itu, banyak kampung yang musnah dan beberapa tugu sejarah rosak.

Ribuan penduduk terpaksa bersempit di kem-kem sementara manakala ramai lagi berada di kawasan terbuka kerana bimbang akan gegaran susulan.

Sejauh ini lebih 193 gegaran susulan sudahpun dicatatkan. 

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan