Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa gegarkan Iran, sementara 3 nyawa terkorban akibat gempa Jawa Tengah

Gempa bumi sederhana kuat berlaku di wilayah Busheher, selatan Iran di mana terletak satu-satunya loji kuasa nuklear negara itu. Sebaliknya gempa bumi di Indonesia semalam (18 Apr) meragut nyawa tiga orang dan mencederakan 39 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2018 09:29PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 09:32PM

BERITAMediacorp: Gempa bumi sederhana kuat berlaku di wilayah Busheher, selatan Iran di mana terletak satu-satunya loji kuasa nuklear negara itu.

Bagaimanapun media Iran menyatakan gempa sekuat 5.9 skala Richter itu tidak menyebabkan korban jiwa atau kerosakan harta benda kerana ia menjejas kawasan tidak ramai penduduk.

Sebaliknya gempa bumi di Indonesia semalam (18 Apr) meragut nyawa tiga orang dan mencederakan 39 orang.

Gempa itu sekuat 4.4 skala Richter dan berpusat 4 kilometer di bawah tanah dan kira-kira 52 kilometer ke utara Kebumen, sebuah daerah padat penduduk di wilayah Jawa Tengah.

Sekitar 2,100 penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat perlindungan sementara.

Lebih 300 rumah serta beberapa masjid dan sekolah pula mengalami kerosakan.

Pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan keadaan darurat dua minggu di kawasan-kawasan terjejas bagi memudahkan gerakan bantuan dijalankan.

Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan