Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi sekuat 6.3 Richter melanda Tibet

Gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter melanda bahagian terpencil Tibet hari ini (18 Nov), demikian menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Belum ada kerosakan atau kecederaan serius yang dilaporkan setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi sekuat 6.3 Richter melanda Tibet

Gambar fail yang dipetik pada tahun 2015 selepas gempa bumi melanda bahagian barat daya China. (Gambar: STR/ AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 01:15PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 01:19PM

BEIJING: Gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter melanda bahagian terpencil Tibet hari ini (18 Nov), demikian menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Belum ada kerosakan atau kecederaan serius yang dilaporkan setakat ini.

Pada awalnya, gempa tersebut dilaporkan berukuran 6.7 Richter. Bencana alam itu berlaku pada pukul 6.34 pagi tadi dan ia dilaporkan sedalam 10 kilometer di Penara Tibet, tambah USGS.

Ia melanda wilayah Nyingchi di Tibet. Dalam satu kenyataan media, phiak berkuasa Nyingchi menyatakan bahawa pusat gempa itu terletak di kawasan yang tidak didiami dan ia masih belum menerima sebarang laporan korban jiwa.

Gempa bumi itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan kerosakan di kampung-kampung berhampiran Nyingchi. Pasukan kecemasan sudah dikerahkan untuk menjalankan siasatan, lapor agensi berita Xinhua.

Pusat gempa itu terletak dalam jarak 240 kilometer dari bandar-bandar India termasuk Along, Pasighat dan Tezu, tambah USGS.

Gempa sekuat 6.3 Richter itu dianggap kuat dan mampu menyebabkan kerosakan besar.

Bahagian barat daya China sering dilanda gempa bumi. Gempa dahsyat di wilayah Sichuan pada tahun 2008 mengorbankan hampir 70,000 orang. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan